Stok pertama jersi baharu Selangor 2021 habis terjual walaupun PKP

By LigaKita | 5th February, 2021 08:05 AM


Walaupun jersi baharu Selangor musim 2021 dilancarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang peminat daripada membelinya sehingga menyebabkan stok pertama habis terjual.

Menurut kenyataan rasmi Selangor FC, jersi baharu telah terjual sehingga 6,000 helai dalam tempoh kurang dari 48 jam di kedai atas talian Selangor FC dan di semua pengeluar jenama rasmi JOMA.

Justeru, Selangor akan menambah 1,600 helai baharu hari ini di laman web rasmi SFC, selangorfc.com bagi mereka yang tidak berpeluang membelinya pada hari pelancaran.

Edisi peminat akan masuk ke pasaran selepas perayaan Tahun Baru Cina.

“Selangor FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Red Giants atas sokongan yang ditunjukkan, terutama ketika industri bola sepak negara menghadapi masa-masa sukar kerana kesan COVID-19.

“Pengurusan SFC akan sentiasa berusaha untuk mengembalikan kegemilangan hari Selangor dalam bola sepak Malaysia.”

Jersi utama Selangor 2021 berharga RM109 untuk edisi pemain dan tambahan RM45 dikenakan untuk set nama di belakang jersi, sementara pemegang Kad Pasukan Red Giants 2021 akan menikmati potongan 10% untuk harga jersi.





©QUAD DATA SDN BHD 2021     Privacy Policy | FB | IG | ligakitamy@gmail.com | GUIDE