B. Satianathan: Tangguhkan Dulu Liga Malaysia

By LigaKita | 24th January, 2021 05:47 PM


Mantan jurulatih Selangor, B. Satianathan menggesa agar Liga Malaysia ditangguhkan permulannya bagi musim 2021.

Gesaan itu dibuat selepas melihat keadaan negara yang masih lagi tidak menentu akibat jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.



Bercakap kepada Berita Harian, Satia mengatakan yang pasukan perlu lebih masa untuk melakukan persiapan sebelum musim bermula.


 
“Tujuh minggu adalah tempoh paling ideal untuk lakukan persiapan kerana ianya boleh mengelakkan pemain daripada mengalami kecederaan.”


 
Satia yang juga pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan tidak melihat ianya adalah satu keputusan yang baik sekiranya Liga Malaysia diteruskan mengikut jadual asal walaupun PKP tidak disambung selepas 4 Februari.

“Walaupun ketika ini latihan dilakukan secara maya, tetapi ianya tetap berbeza dengan latihan di atas padang.”

“Jadi saya fikir adalah lebih baik untuk Liga Malaysia ditangguhkan dan dibawa ke satu tarikh baharu supaya perancangan boleh dilakukan.”

Satia kini menjadi pengarah teknikal buat pasukan Sarawak United.


Sumber: semuanyabola.com





©QUAD DATA SDN BHD 2021     Privacy Policy | FB | IG | ligakitamy@gmail.com | GUIDE